JTX 1000





Apa JTX 1000 ?

JTX 1000 merupakan minyak pelincir berprestasi tinggi yang dirumus khas menggunakan teknologi TRIBOLOGY iaitu anti geseran dan membantu merawat komponen dalam enjin.

Minyak JTX ini dicipta dengan menggunakan bahan-bahan yang berkualiti tinggi serta menepati spesifikasi dan standard piawaian antarabangsa dan sesuai untuk kegunaan kenderaan enjin petrol, diesel dan NGV.




Kelebihan minyak JTX 1000, JTX Gold dan JTX 5000

Minyak enjin multi-grade yang berteknologi tinggi diperkaya dengan kepekatan tambahan Extreme Pressure/Anti Wear ( EP/AW)

Memberi perlindungan anti enapan, anti karat dan anti oksida yang lebih baik

Memanjangkan jangka hayat enjin kenderaan dengan mengurangkan kesan haus dan lusuh.

Kestabilan haba yang baik

Memberikan kuasa dan prestasi maksimum dalam semua keadaan  pemanduan dan termasuk dalam keadaan ekstrim

Memberikan penjimatan minyak

Teknologi Tribology

Menjadikan enjin beroperasi secara senyap dan lancar

Dicadangakn untuk perjalanan 10,000 km

Dijamin kualiti dengan Sijil ISO 9001 dan SUPERBRAND


Keistimewaan minyak JTX berbanding minyak pelincir yang ada di pasaran :

Minyak JTX ada teknologi TCF iaitu Tribology Clear Film di mana jika minyak pelincir kereta kering, fungi TCF ni boleh dapat mengelakkan enjin kereta daripada jem.

Menjimatkan penggunaan petrol sehingga 10%-20%.Untuk perjalanan lebih jauh dapat melihat penjimatan minyak lebih ketara.

Meningkatkan kuasa enjin sehingga 20%-30%.Ini yang akan rasa lebih pickup , bila tekan minyak kenderaan , terus rasa ringan bila gerak.

Jika perjalanan terpaksa mengharungi kawasan banjir, so jangan risau jika enjin kenderaan masuk air kerana fungsi TCF dalam JTX 1000 boleh bantu menyelamatkan enjin daripada jem

Kandungan minyak JTX tidak bersifat asid atau menghakis.Ini yang akan menjadikan keadaan permukaan dalam enjin sentiasa dalam keadaan bersih dan tiada karat.

 Fungsi TCF dalam minyak JTX 1000

Apa itu Tribologi ?

Tribologi adalah bidang kajian sains dan teknologi tentang geseran, kehausan dan pelinciran serta pembangunan teknologi dalam mengoptimasikan proses geseran di dalam bearing, enjin dan elemen mesin yang lain.

Teknologi pelinciran yang berkaitan dapat dengan tribologi yang mengurankan daya geseran dan hakisan menerusi bahan pelincir dan penggunaan bahan pelincir pada kawasan geseran

TCF adalah selaput atau filem yang ada dalam JTX 1000 untuk mengelakkan geseran dan hakisan dalam enjin kenderaan.

Apa kaitan JTX 1000 dengan Anti Oksida, Anti Karat ?

Bila kita matikan enjin, minyak hitam akan mendap ke bawah(sump).Pernah hadapi masalah nak hidupkan enjin waktu pagi ? Pernah kan..ini disebabkan minyak hitam dah termendap dekat bawah enjin dan enjin tersebut menggunakan minyak hitam tanpa TCF

Bila enjin susah hidup, pengewapan akan berlaku kerana terdapat rongga udara pada  bahagian besi enjin.Dan ini disebabkan itulah enjin boleh berkarat.Bila minyak turun, susah nak hidup, enjin pula berkarat.

TCF ini akan pastikan minyak JTX 1000 ini tidak turun ke bawah enjin walaupun enjin sudah dimatikan.TCF boleh melindungi enjin daripada berkarat.

Apa kaitan JTX 1000 dengan Anti Asid, Anti Haus dan Anti Keladak ?

Bila minyak pelincir ada TCF, pergeserab dalam enjin akan jadi 0 atau hampir kepada tiada.Kenapa tiada ? ini disebabkan pergeseran dalam enjin dilakukan oleh TCF.Bahagian besi dalam enjin hanya bergeser pada lapisan TCF.Ini  menyebabkan enjin tidak haus, tiada wear dan tear.Dengan bahasa lainnya tidak ada carbon sludge ( daki keladak)

Apa beza antara Minyak Mineral ( JTX ) dan Minyak Sintetik  ( Brand lain) ?

Ramai orang tanya minyak JTX 1000 ni sintetik atau tak ?

Jawapannya minyak JTX 1000 adalah minyak mineral ( mineral oil )

Ini perbezaan yang boleh kita tahu antara minyak sintetik dan minyak mineral :

Minyak pelincir  "Fully Synthetic" dihasilkan melalui campuran 4 bahan kimia utama iaitu Ceflon,Teflon,Chlorine dan Parafil

Minyak pelincir "Semi Synthetic" dihasilkan campuran 4 bahan kimia dengan minyak mentah( mineral oil)

Mineral oil seperti JTX 1000 diperoleh daripada minyak mentah petroleum yang telah ditapis.

Minyak JTX 1000  mengandungi :

1.AW/EP iaitu anti geseran dan extreme pressure terutaman bagi yang suka pemanduan yang ekstreme ( like racing).Ia melindungi enjin daripada geseran yang boleh merosakkan permukaan logam dalam enjin akibat daripada pemanduan yang lasak.

2.Ia dapat menjimatkan petrol antara 10%-20%

3.Meningkatkan keupayaan enjin 20%-30%, tambah pickup lebih ringan

4.Memanjangkan jangka jayat enjin

Bolehkah minyak pelincir berlainan jenama dicampurkan ?

Kebanyakan minyak pelincir berasaskan mineral boleh bercampur antara satu sama lain.

Minyak pelincir sintetik , ia harus digunakan secara berhati-hati.Sesetengah tidak boleh bercampur sepenuhnya dengan minyak pelincir mineral atau sintetik lain kerana kandungan chemical yang berbeza bagi setiap pengeluar.Apabila menukar dari satu jenis ke satu jenis yang lain, sempurnakan penukaran minyak pelincir untuk hasil maksimum.

Rangkaian JTX Series

JTX series ada beberapa jenis minyak enjin iaitu:-


1) JTX 1000

2) JTX 5000

3) JTX Air Tracker


JTX 1000 terdiri daripada 2 kategori iaitu JTX 1000 Gold dan JTX 1000 Merah masing-masing didatangkan dengan saiz 4 liter untuk kereta dan 1 liter untuk motosikal.

JTX 1000 Gold

 JTX 1000 Gold adalah minyak pelincir bertaraf premium yang memberikan kuasa dan prestasi optimum pada suhu tinggi serta melindungi omboh serta mengawal dan menyingkirkan enapan.Sesuai untuk semua jenis enjin dan apa jua keadaan pemanduan.

Dicadangkan pada kenderaan tahun pengeluaran 2005 ke atas dan kenderaan baru

Keyakinan JTX 1000 Gold

Tribology Confirmed ( TCF )

Anugerah SUPERBRANDS

Diperakui ISO 9001

Diperakui API/SAE/ACEA

Pencapaian Prestasi

ACEA A3/B4-10

MB p229.1

VW501 01/50500

Kelebihan JTX 1000 Gold

Diperkuat dengan EP/AW

Tahan tekanan lampau

Teknologi triboloi untuk penjimatan petrol dan diesel

Prestasi Power

Spesifikasi JTX 1000 Gold

API gred - SN ( Petrol ) / CF ( Diesel )

SAE gred - 10w - 40

Kelulusan PDA 11241

Sesuai untuk semua jenis kenderaan bermotor

JTX 1000 Gold ada  2 size iaitu 4 liter dan 1 liter 

Cara penggunaannya , disyorkan untuk kenderaan berenjin petrol dan diesel.Meningkatkan penjimatan minyak dan pengecas turbo.

Ciri-ciri istimewa JTX 1000 Gold

Memberikan kuasa dan prestasi optimum walau dalam pemanduan ekstrim serta perlindungan pengecas turbo

Pengubahsuai geseran yang memberi penjimatan minyak dan prestasi lebih baik

Panjangkan jangka hayat enjin dan kurangkan kesan haus dan lusuh

Menjadikan enjin beroperasi secara senyap dan lancar

Perlindungan anti enapan, anti karat dan anti oksida yang lebih baik

Menepati ataupun melampaui API SN/CF

JTX 1000 Red

Dicadangkan untuk kenderaan tahun pengeluaran 2004 ke bawah dan kenderaan lebih lama.

JTX 1000 Red sangat sesuai untuk :

Kenderaan lama yang kebiasaannya enjin dah lama

Kenderaan enjin diesel kerana JTX 1000 Red adalah C1-4 grade lebih tinggi JTX Gold

Motosikal CC besar ( RPM tinggi dan lasak )

Enjin yang ada kebocoran kecil ( leaking )

Generator ( diiktiraf oleh pengeluar jentera berat CUMMINS)

Mesin pertanian (diiktiraf oleh pengeluar berat CUMMINS )

Spesifikasi JTX 1000 Red

SAE gred - 15w-50

API gred - SL ( Petrol / CI-4 ( Diesel )

Kelulusan PDA 11241

Pencapaian Prestasi

ACEA A2, A3, B3 , E4 , E5

CUMMIS CES 20077 / 20078

GLOBAL DHD -1

VOLVO CDS -3

ISO 9001

Kelebihan JTX 1000 Red

Meningkatkan prestasi enjin

Pemanduan lebih jauh

Mengurangkan suhu semasa operasi enjin

Pergerakan enjin yang lebih stabil dan senyap

Diperkaya dengan bahan tambahan Extreme Pressure / Anti-Wear ( EP/AW)

Anti enapan, anti karat dan anti oksida yang baik

Disarankan untuk enjin petrol, NGV dan diesel

Filem pelincir yang melekat pada bahagian enjin

Menjimatkan minyak

Memanjangkan jangka hayat enjin dan kuasa enjin

Anti lumpur / sludge

Pemanduan mencecah sehingga 10,000 km ( disarankan OEM )

Ciri- ciri istimewa JTX 1000 Red

Tahan tekanan ekstrem dan mencegah geseran yang memberikan liputan pelinciran yang hebat dan bersifat anti haus yang baik

Perangsang alkali dengan meneutralkan asid yang terhasil dan merangsang simpanan tersedia alkali minyak enjin

Pencegah hakisan dalam melindungi bahagian enjin daripada terhakis akibat pembentukan asid dalam minyak enjin

Antioksida yang mana ia mencegah dan mengurangkan pembentukan enapan

Bertindak sebagai pencuci yang mencegah enapan daripada melekat pada enjin

Pengurai yang menyimpan zarah berkilat dalam takungan minyak, mencegah penggumpalan enapan dan mengurangkan kejadian tapisan minyak tersumbat.

JTX 1000 Red terdiri daripada 2 saiz iaitu 4 liter dan 1 liter








Like us on Facebook

Flickr Images

Subscribe